KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melakukan simbolik pecah tanah Kilang Memproses Makanan dan Roti Baharu Syarikat Kumpulan
BTC Berhad masa melawat kilang itu di Bangunan Darul BTC , Jalan Tuaran Bypass,
Inanam pada Sabtu.

Beliau turut menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU)
diantara Kumpulan BTC dan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk program
perindustrian desa kepada golongan miskin tegar dan Surat Niat (Letter of intent (Loi))
melibatkan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah dan Universiti Malaysia
Sabah (UMS).

Loi antara BTC dan UMS melibatkan Fakulti Sains Makanan dan Sains Pemakanan
sebagai rakan strategik membantu dalam pembangunan dan penyelidikan untuk
menambahbaik kualiti produk selain memberi peluang dan ruang kepada siswazah
menjalani latihan praktikal. Manakal Loi bersama ABM pula, entiti itu akan membekalkan
tenaga mahir dan separa mahir kepada BTC selain mengilap kebolehan kakitangan
sedia ada.

Hajiji yang diiringi oleh Pengarah Urusan Kumpulan BTC Berhad, Datuk Abdul Kadir
M.E.Sikkandar dibawa melawat kilang itu dan beramah mesra dengan pekerjanya.-pr/BNN