KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima
kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha (KSU) baharu Kementerian Dalam
Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman di kediaman rasmi Ketua Menteri- Sri Gaya
pada Selasa.

Awang Alik merupakan anak jati Sabah kedua yang dilantik ke jawatan Pengurusan
Tertinggi Perkhidmatan Awam. Sebelum itu beliau adalah Timbalan Ketua Setiausaha
Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri. Awang Alik menggantikan Datuk Ruji Ubi juga anak jati Sabah yang bertukar jawatan ke KSU Kementerian Pendidikan (KPM).

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Yang di-Pertua
Dewan Rakyat, Tan Sri Dato (Dr) Johari Abdul. -pr/BNN