KOTA KINABALU: Sabah dinamakan sebagai Negeri Paling Cemerlang Malaysia untuk tahun 2024 atau Most Outstanding State in Malaysia for the Year 2024 sempena Majlis Anugerah ASEAN International Business Review (IBR) yang dianjurkan oleh IBR di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Sabtu malam.
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima anugerah berkenaan yang disampaikan oleh Ketua Hakim anugerah, Datuk Seri Azman Ujang.
Pengiktirafan ini berdasarkan penilaian oleh satu panel hakim profesional, yang terdiri daripada tokoh-tokoh terkemuka dari pelbagai bidang, disokong oleh data daripada penilaian menyeluruh yang dilaksanakan oleh penasihat-penasihat pakar.-pr/BNN





