KENINGAU: ADUN Bingkor, Datuk Robert Tawik, menyalurkan sumbangan kewangan bagi menyokong penyertaan kontinjen hoki bawah 12 tahun MSSD Keningau ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sabah (MSSS) 2025 yang dijadual berlangsung Ogos ini di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Sumbangan diserahkan oleh Penyelia Masyarakat UPPM N.40 Bingkor, Zaki Haji Zakaria, kepada wakil kontinjen, Noorhayati Abd Hadi, yang juga guru ko-kurikulum SK Pasir Putih, dalam satu majlis ringkas di Pejabat UPPM Bingkor.

Zaki berkata, bantuan itu mencerminkan sokongan berterusan Robert terhadap pembangunan bakat muda luar bandar dalam bidang sukan.

“Beliau percaya sukan membentuk disiplin dan jatidiri serta menjadi platform mencungkil potensi pelajar,” katanya.-pr/BNN