BEIJING: Gelagat comel Mathama Jireh Gingging, berusia 26 bulan, anak kepada pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Republik Rakyat China, mencuri perhatian apabila tampil penuh keceriaan menyertai aktiviti prasekolah di Beijing, baru-baru ini.

Kanak-kanak itu dilihat sentiasa tersenyum sambil bermain dan belajar bersama rakan sebaya di Prasekolah Zhuo Jia Zhuang, Chaoyang.

Suasana riang tersebut bukan sahaja menzahirkan keceriaan kanak-kanak, malah menggambarkan kepentingan pendidikan awal yang menyediakan persekitaran kondusif serta mesra untuk perkembangan mereka.

Bagi Mathama Jireh, pengalaman awal di prasekolah antarabangsa berkenaan bukan sekadar mencorakkan tumbesarannya, malah memperkayakan proses pembelajaran awal dengan pendedahan kepada pelbagai budaya dan bahasa.-pr/BNN