KOTA KINABALU: Ooga X hari ini mengumumkan pelantikan Lester Calvin Miol sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat itu berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Lester sebelum ini merupakan Pengurus Besar KUPIKUPIFM Sabah, salah satu entiti di bawah Ooga X selain City Plus, KUPIKUPIFM Sarawak dan Info X.

Pengarah bersama Ooga X, Rita Sim dan Fui K Soong berkata, pelantikan tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk mengukuhkan organisasi serta memacu pertumbuhan masa depan.

“Pelantikan ini menandakan detik penting bagi Ooga X. Lester membawa pengalaman luas, kepimpinan mantap serta komitmen terhadap misi dan visi syarikat. Kami yakin beliau mampu memacu kecemerlangan, memupuk inovasi serta mempercepat kemajuan ke arah kejayaan jangka panjang,” kata mereka dalam kenyataan. – pr/BNN