KENINGAU: Program Health Awareness Week atau Minggu Kesedaran Kesihatan bakal berlangsung di daerah ini bermula 6 hingga 11 Oktober dengan pengisian berbentuk maya dan bersemuka, khusus untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap aspek kesihatan.

Dengan tema “Kesihatan Milik Semua”, program itu dianjurkan bersama sekumpulan doktor dan pakar kesihatan tempatan, antaranya Dr. Oliver Dean John Gitang, Dr. Kebrain Kaliun, Dr. Mark Collin Galantas, Puan Adela Marie Ukau, Cik Edna Magdalene John Gitang dan Puan Doreen Lim.

Bagi sesi maya, program akan berlangsung melalui platform Zoom dari 6 hingga 9 Oktober, setiap malam bermula jam 7.30 hingga 8.30 malam.

Antara topik menarik yang akan dibincangkan termasuk:

Water – The Simple Secret To Better Health

Senyuman Manis – Minda Sihat

Sunlight – A Nature’s Wonder

Food As Medicine

Health At The Right Time

The Mind Body Connection

Sesi fizikal pula dijadualkan pada 10 Oktober (7.30 – 8.30 malam) dan 11 Oktober (2.30 – 4.00 petang) bertempat di Gereja Seventh-day Adventist (SDA), Pekan Keningau.

Koordinator program terdiri daripada Elder Donny Maijar, Puan Dorothea Onong, Puan Melissa Gagah dan Puan Lea Lewas yang akan memastikan kelancaran penganjuran selain memberi manfaat optimum kepada masyarakat setempat.

Orang ramai dijemput hadir bagi mengambil peluang menimba ilmu serta meningkatkan pengetahuan kesihatan demi kesejahteraan hidup bersama.Maklumat lanjut sesi Zoom boleh diakses menggunakan Meeting ID: 2362457100 dengan Passcode: kgau777.-pr/BNN