KENINGAU: Pemimpin berjiwa rakyat bukan hanya hadir ketika kesusahan, tetapi turut berkongsi kegembiraan bersama masyarakat. Begitulah yang dizahirkan oleh penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, apabila beliau meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan pasangan Nur Afifah Radiyah dan Ahmad di Kampung Bariawa Ulu, di sini semalam.

Dalam suasana penuh ceria dan mesra rakyat, Annuar menyampaikan ucapan tahniah serta doa restu kepada pasangan pengantin, sambil menitipkan harapan agar rumah tangga yang dibina berasaskan kasih sayang dan keimanan.

“Semoga Allah memberkati kamu berdua dan menghimpunkan kamu dalam kebaikan. Moga mahligai ini sentiasa dipenuhi dengan sakinah (ketenangan), mawaddah (cinta) dan rahmah (kasih sayang). Kekal bahagia dan saling melengkapi hingga ke Jannah,” katanya dengan penuh makna.

Majlis walimatul urus itu berlangsung meriah dengan kehadiran ahli keluarga, sahabat handai dan penduduk setempat yang turut teruja menerima kehadiran wakil rakyat mereka.

Kehadiran Annuar bukan sahaja menyerikan suasana, malah mencerminkan keakraban beliau dengan masyarakat di peringkat akar umbi.

Sebagai pemimpin yang sentiasa dekat di hati rakyat, Annuar sering dilihat hadir dalam pelbagai acara komuniti — sama ada dalam majlis rasmi, program kemasyarakatan mahupun acara kekeluargaan — sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap rakyat di kawasan diwakilinya.-pr/BNN