KENINGAU: Walaupun tidak lagi bergelar Yang Berhormat, penyandang ADUN Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, terus membuktikan komitmen dan keprihatinannya terhadap rakyat melalui tindakan nyata, bukan sekadar kata-kata.

Terbaharu, beliau melalui Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan menyampaikan sumbangan kepada pasukan penari SMK Keningau dan SK Saint Francis Xavier (SFX) Keningau yang bakal bertanding di peringkat akhir Yakult Dance Rope Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.

Sumbangan disampaikan oleh Pembantu Tadbir UPPM Liawan, Linda Mausin, kepada Pengurus Kontinjen Bilong Ngerong dan Penyelaras Program Dayang Hasmah Mohd Talip, sebagai sokongan moral dan dorongan kepada pelajar berkenaan membawa nama Keningau ke peringkat nasional.

Dalam masa sama, bantuan turut diserahkan kepada Stanley Tee Kian Chin, yang menghadapi komplikasi kesihatan, bagi meringankan beban kos rawatan beliau.

Langkah berterusan Annuar ini mencerminkan kepimpinan berjiwa rakyat — mendahulukan kebajikan masyarakat tanpa mengira kedudukan atau pangkat.

Beliau kekal dekat di hati rakyat kerana bagi Datuk Annuar, tanggungjawab seorang pemimpin tidak berakhir dengan gelaran, tetapi diteruskan melalui tindakan yang memberi manfaat kepada rakyat.-pr/BNN