KENINGAU: Semangat kepedulian terhadap rakyat terus dizahirkan apabila Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.41 Liawan bersama Ketua Kampung Bukit Indah, KK Sabilin Sajin, menyerahkan sebuah reclining wheelchair with commode kepada Juin Ubod, yang mengalami kesukaran bergerak akibat masalah kesihatan.

Sumbangan itu disampaikan bagi pihak penyandang ADUN Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, yang sentiasa menzahirkan keprihatinan terhadap keperluan masyarakat setempat melalui tindakan nyata.

Menurut wakil UPPM Liawan, bantuan seumpama ini menjadi bukti komitmen berterusan Datuk Annuar dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan, terutama bagi mereka yang memerlukan sokongan peralatan kesihatan.

Tindakan tersebut bukan sahaja memudahkan urusan harian penerima, malah memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi.

Program seumpama ini mencerminkan kepimpinan yang membumi – pemimpin yang bukan sekadar berjanji, tetapi bertindak demi kesejahteraan rakyat.-pr/BNN