KENINGAU: Nilai kepimpinan sejati terserlah apabila Datuk Annuar Ayub Aman terus menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat walaupun tidak lagi memegang jawatan rasmi.

Melalui Gerak Kerja UPPM N.41 Liawan dan Pengerusi JKKK Kampung Kadalakan, Joanis Manjinal, beliau menyumbangkan sebuah kerusi roda jenis reclining kepada Kunjin Landawi, seorang warga emas yang mengalami masalah kesihatan dan kesukaran bergerak.

Sumbangan itu disampaikan di kediaman penerima di Kampung Kadalakan sebagai sebahagian usaha berterusan membantu golongan memerlukan agar tidak terpinggir daripada perhatian masyarakat.

Menurut Joanis, sumbangan tersebut mencerminkan komitmen Annuar yang konsisten membela kebajikan rakyat tanpa mengira kedudukan.

“Walaupun tanpa jawatan, beliau tetap prihatin dan sentiasa mencari ruang membantu mereka yang memerlukan. Inilah contoh kepimpinan berjiwa rakyat,” katanya.

Inisiatif itu bukan sekadar meringankan beban Kunjin, tetapi turut memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat – bukti bahawa kepimpinan berkesan diukur melalui tindakan dan keikhlasan, bukan semata-mata kedudukan atau kuasa.-pr/BNN