PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Kinabalu Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick menyatakan beliau tidak akan mengadakan himpunan pengumuman calon, sebaliknya akan mendedahkan senarai calon melalui siaran media.

“Saya ingin mengesahkan UPKO akan bertanding tidak kurang daripada 20 kerusi dalam pilihanraya umum Sabah kali ini.

“Saya akan memberikan senarai calon UPKO lewat petang ini melalui siaran media.

“Calon-calon ini terdiri daripada pelbagai latar belakang akademik, pengalaman, kepimpinan dan khidmat kepada kawasan yang diwakili masing-masing.

“Mereka akan mewakili UPKO dan menawarkan kepimpinan mereka di kawasan masing-masing berdasarkan kepada tanda aras prinsip perjuangan dan khidmat rakyat yang telah saya laksanakan selama ini sebagai Presiden UPKO.

“Mereka juga akan menjelajah ke seluruh pelusuk kampung, kejiranan dan pekan untuk menawarkan perjuangan Sabah First,” katanya.-pr/BNN