PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan menerima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau.
Beliau menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera berhubung tuduhan yang timbul, tanpa sebarang campur tangan luar.
Kerajaan MADANI menegaskan komitmen terhadap prinsip ketelusan dan integriti serta memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang.-pr/BNN




