PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan rasuah yang mengaitkan seorang ahli perniagaan, Albert Tei, dengan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pihaknya akan memanggil Albert Tei, selaku individu yang membuat dakwaan, serta Datuk Seri Shamsul Iskandar, yang dinamakan dalam tuduhan tersebut, untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

SPRM turut akan memanggil semua individu berkaitan bagi mengumpul bukti dan maklumat tambahan bagi melengkapkan siasatan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan membiarkan proses siasatan berjalan tanpa gangguan.-BNN