KENINGAU: Program Temui Rakyat di Bingkor kelmarin bertukar menjadi detik penuh emosi apabila calon GRS di DUN N.40 Bingkor, Rafie Datuk Robert Tawik, dirakam mengendong seorang kanak-kanak di tengah kesibukan kunjungan penduduk.
Aksi spontan itu bukan sekadar mencuri perhatian, malah menjadi buah mulut masyarakat setempat yang melihatnya sebagai gambaran tulen jiwa rakyat dan pendekatan mesra pemimpin muda itu.
Bagi penduduk Bingkor, tindakan tersebut bukan lakonan kempen, tetapi cerminan budaya keluarga Tawik yang dikenali dekat dengan rakyat sejak sekian lama.
Penduduk yang hadir menyifatkan Rafie sebagai pemimpin yang rendah hati, mudah didekati dan tidak terpisah daripada masyarakat walaupun berada dalam suasana kempen yang biasanya sarat protokol.
“Inilah pemimpin yang kami mahu — yang betul-betul faham hidup kami, bukan sekadar datang bagi ceramah,” ujar seorang penduduk yang terharu melihat momen berkenaan.
Gambar Rafie mengendong kanak-kanak itu turut tular di media sosial, dengan ramai pengguna menyifatkannya sebagai simbol kepimpinan berteraskan kasih, empati dan tindakan nyata, selari dengan semangat GRS mendekati rakyat secara langsung.-pr/BNN





