KOTA KINABALU: KPJ Sabah Specialist Hospital menganjurkan pelancaran lembut Little Island Ward, sebuah wad pediatrik yang dinaik taraf dan direka khas bagi menyediakan persekitaran rawatan yang selesa, selamat serta mesra kanak-kanak.

Berinspirasikan tema dasar laut yang ceria, wad ini menampilkan elemen marin berwarna-warni yang bertujuan mewujudkan suasana tenang dan menggembirakan, sekali gus membantu mengurangkan kebimbangan kanak-kanak sepanjang tempoh rawatan.

Majlis pelancaran lembut ini disempurnakan oleh Pengarah Perubatan KPJ Sabah, Dr. Lim Keok Tang, bersama Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Sabah, Encik Mohamad Faizal bin Mohamed. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen berterusan hospital dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan khusus untuk komuniti setempat.

Majlis dimulakan dengan persembahan tarian istimewa oleh jururawat pediatrik KPJ Sabah yang turut disertai oleh Dr. Joanne Lee, Pakar Perunding Pediatrik Residen, sekali gus mewujudkan suasana ceria dan menyentuh hati para tetamu, khususnya kanak-kanak dan keluarga mereka.

Bagi menggalakkan penglibatan kanak-kanak dan ibu bapa, pelbagai aktiviti interaktif turut dianjurkan, antaranya Sudut Kreatif (lukisan beg kanvas) sebagai medium ekspresi terapeutik, sesi Meet & Greet bersama Dr. Liaw Yun Haw, Pakar Perunding Pediatrik, lawatan wad termasuk Bilik VIP dan Bilik Single yang menonjolkan reka bentuk berfokuskan keselesaan kanak-kanak, kaunter kesedaran kebersihan tangan serta Sudut Mesra Jururawat Pediatrik bagi mengeratkan hubungan antara pesakit kecil dan pasukan penjagaan kesihatan.

Little Island Ward melambangkan usaha berterusan KPJ Sabah Specialist Hospital dalam menaik taraf kemudahan, memperluas perkhidmatan pediatrik khusus serta mewujudkan persekitaran sokongan yang holistik untuk kanak-kanak dan keluarga mereka.

Pelancaran lembut ini menjadi asas kepada penyampaian pengalaman penjagaan pediatrik yang lebih menyeluruh pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan KPJ Sabah Specialist Hospital atau bagi membuat janji temu, orang ramai boleh menghubungi talian am di +6088 322 000 atau WhatsApp +60 11 1318 5131.-BNN