KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sempena Mesyuarat Majlis Raja- Raja ke-271 di Istana Negara, pada Rabu.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini.
Pada Selasa, Hajiji telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke- 148 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.-pr/BNN