KOTA KINABALU:Dalam tempoh terdekat ini, khususnya rakyat sabah sudah pasti menunggu keputusan yang bakal tiba samada keputusan akan pilihanraya ataupun diteruskan kerajaan gabungan baharu yang diterajui oleh kepimpinan Tan sri Musa Aman.

Namun apa yang jelas rakyat bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Tidak dinafikan juga bagi Dun baharu diantaranya N.2 Bengkoka, bersedia untuk dipertandingkan oleh mana-mana kerusi parti bertanding atau kompenan parti.

Menjurus pada kawasan Dun baharu ini khususnya N.2 bengkoka, saya selaku Penyelaras Armada Pitas mewakili seluruh pengundi muda angkatan anak muda bersatu mengharapkan agar Dun N.2 bengkoka diberi keatas tiket PPBM BERSATU sebagai tiket parti kompenan Perikatan Nasional yang akan dipertandingkan.

Harapan ini kerana, kita jelas mengambilkira kawasan Dun baharu memerlukan peruntukan yang besar untuk membangunkan kemudahan pembanggunan infrastruktur yang tersusun dan peruntukan-peruntukan yang dapat membantu rakyat dengan lebih tuntasnya.

Kawasan yang baharu ini perlu dibangunkan dan sesuai parti yang selari dengan kerajaan persekutuan agar kos peruntukan pembangunan yang boleh memberi kesejahteraan dan manfaat besar kepada rakyat keseluruhannya di kawasan ini.

Harapan kami daripada angkatan anak muda bersatu khususnya N.2 bengkoka, parti yang menaungi pentadbiran daerah baharu N.2 bengkoka ini mestilah dominan dan kukuh serta selari dengan kerajaan pusat agar kawasan ini tidak ketinggalan dari sudut kerancakan pembanggunan dan dapat melestarikan sosioekonomi Dun N.2 Bengkoka.

Sehubungan dengan itu juga, angkatan anak muda bersatu N.2 bengkoka menyokong penuh tunjang kepimpinan ppbm bersatu Tan sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia yang cukup prihatin dengan masalah dan peduli kebajikan rakyat.

Sokongan ini juga tidak berbelah bagi kepada Datuk seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor selaku Ketua Badan Perhubungan Ppbm bersatu Sabah dan Yb Datuk Abdul Rahim Bakri ketua bahagian ppbm bersatu P.167 Kudat merangkap Timbalan Menteri Kewangan Persekutuan.

Harapan ini juga selaras dengan barisan kepimpinan ppbm bersatu yang ada, ia mampu membantu kawasan Dun baharu N.2 bengkoka ini lebih membangun tanpa kekangan peruntukan dan bagi menggelakkan percanggahan pentadbiran berasaskan kerajaan perikatan nasional.-

Digadong Masrohdin Masrin
Pengerusi Biro Politik dan Perancang Strategi
Armada P.167 Kudat/ Penyelaras Armada daerah Pitas