KOTA KINABALU: Pada Hari ini, laporan mengenai kes positif Covid-19 di Sabah yang dikeluarkan
oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah masih menunjukkan bilangan kes positif yang agak tinggi iaitu sebanyak 277 kes. Daerah yang diistihar kawasan merah masih merekodkan bilangan kes positif yang banyak. Manakala, terdapat juga daerah-daerah yang tidak mempunyai kes.

Kerajaan Negeri berharap status
tiada kes positif COVID-19 di daerah-daerah berkenaan dapat dikekalkan.
Memandangkan kes positif COVID-19 di empat (4) daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna masih tinggi, pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di empat (4) daerah berkenaan
dilanjutkan bermula 13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2020 dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), seperti di Lampiran A.
Sementara itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (2PKPD) di enam (6) lokaliti dalam daerah Semporna dan satu (1) lokaliti di daerah Kunak telah dikuatkuasakan mulai 10 Oktober 2020 hingga 23 Oktober 2020 dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah
Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), seperti di Lampiran B.
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) akan terus memantau perkembangan penularan COVID-19 di negeri ini dengan rapi dan.mengambil tindakan bagi membendung penularan.
Kerjasama semua penduduk di Sabah amatlah diharapkan supaya penularan pandemik COVID-19 di Sabah dapat dikawal.
Sila patuhi nasihat kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan jadikan ia satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

Elakkan 3S (3C) iaitu jauhi kawasan sesak (crowded place), elakkan
kawasan sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).
• Amalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash),memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran (warn) dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sekali lagi diingatkan kepada semua rakyat Sabah untuk sentiasa mematuhiarahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan dinasihatkan untuk memainkan peranan masing-masing dalam memerangi pandemik COVID-19 dengan penuh tanggungjawab.

Sekian.
YAB. KETUA MENTERI SABAH
10 Oktober 2020