KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Rumpun Etnik Negeri Sabah, atau singkatanya PRESBAH Hj Yahya Hj Ahmad percaya Negeri Sabah perlu dipastikan stabil dan fokus diperkasa berubah maju untuk tempoh menghadapi cabaran sukar ini.
Beliau juga mengingatkan seluruh rakyat Sabah yang mengharapkan perubahan mahukan masa depan yang lebih baik, maka untuk memastikan perkara ini berjaya tercapai beliau mengajak semua pemimpin tanpa mengira fahaman politik yang juga rakyat Sabah sendiri perlu dituntut bersatu, mengenapikan sebarang bentuk halangan remeh dan jangan sesekali membenarkan mana – mana pihak mencipta gangguan atau menimbulkan bentuk sikap yang mengundang persepsi, provokasi dan sikap buruk politik kurang cerdik dan matang.
Sabah jelas sarat ujian, menurut beliau masa sepenuhnya harus ditumpu untuk memperkasa dengan fokus bergerak ke depan menjayakan semua cabang objektif dan halatuju yang jelas mahu ditumpu.
Katanya Ekonomi Sabah pada perlu dipacu sihat secara kekuatan plan tersusun dianamik dan tersusun strategik untuk jangka pendik juga untuk jangka masa panjang, namun biar menampilkan wajah ekonomi mampan berdaya saing dan kukuh teguh serta bersifat daya tahan. Kesejahteraan rakyat bersama kemakmuran negeri harus diperkasa seiring tumpuan untuk diperjuangkan dengan gigih dan cekap dibangunkan.
Tuan Haji Yahya membuat gesaan itu selepas mengadakan pertemuan singkat bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) pada Isnin.
Kesempatan masa yang terhad itu menurut beliau cukup mesra dan diisi dengan berkongsi pandangan membina.
Presiden Presbah secara peribadi memuji sikap YAB Ketua Menteri yang memang terkenal mudah mesra, tenang dan teliti mendengar merupakan personaliti seorang pemimpin yang terbaik dan berjiwa peka.
“Sebagai Pemimpin yang berpangalaman politik dan cukup faham denyut nadi kesusahan rakyat dan apa keutamaan Negeri Sabah maka sudah tentu Ketua Menteri akan terus berada dilandasan menumpu kerja dengan istiqamah bagi memikul amanah berdisiplin berusaha dengan gigih merencana berdasarkan kecekapan dan muafakat , inshaallah beliau akan mampu membawa Sabah bergerak ke depan berjaya melepasi semua bentuk cabaran. Akan membuktikan beliau pemimpin yang berjaya, tidak mahu melayan politik membuang masa dan terus fokus bekerja,” katanya.
Menurut nya lagi, apa yang perlu rakyat dan kita semua perlu sumbangkan saat Negeri diuji cabaran ekonomi, kehidupan rakyat yang teruk diuji beban dengan masalah peningkatan pandemik covid19, dengan bersatu menjayakan perpaduan dan mengawal kestabilan dimana semua pihak teguh mendukung kepimpinan YAB Ketua Menteri dan Kerajaan baru bagi memudahkan perjuangan beliau dan kabinetnya bergerak tanpa gangguan dalam suasana aman stabil, supaya semua yang telah diamanahkan akan fokus bekerja berpasukan, berusaha mengembangkan bentuk kecekapan, kreatif menjana kebaikan dan bergerak dengan inovatif maka segala kebijaksanaan tindakan dengan sendirinya akan membawa Kerajaan berjaya melunaskan tanggung jawab untuk rakyat dan Negeri, terus berada diposisi membangun cekap sejahtera dan terhasil berkesan.
Bagi ruang masa kepada YAB Ketua Menteri dan Kerajaan baru masa yang cukup untuk mereka terus berdedekasi berusaha. Kesempatan pertemuan itu juga Ketua Menteri, selaku Ketua Kerajaan Negeri Sabah, beliau berbesar hati bersetuju dan sudi menerima perlantikan penghormatan dari PRESBAH sebagai Penasihat Kehormat Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah, dimana sebelum ini Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah sendiri adalah Penaung Presbah.
Pimpinan tertinggi Presbah juga menurut perancangan yang dibincangkan dan jika tiada halangan akan melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah dijangka pada bulan Januari 2021 sebagai kesinambungan kunjungan pertama Presiden Presbah.-pr/BNN.