Pengagihan bakul makanan di Paitan

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ingin
memaklumkan bahawa agihan bantuan bakul makanan sedang giat dilaksanakan. Setakat 23 November 2020, sebanyak 216,150 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di dua puluh tujuh (27) buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

Sebanyak 8,607 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 23 November 2020 melibatkan dua puluh satu (21) daerah iaitu daerah-daerah Sandakan (199), Semporna (2,513), Kunak (9), Beluran (712), Telupid (459), Penampang (88), Putatan (33), Papar (100), Tuaran (454), Ranau (172), Kota Belud (70), Beaufort (255), Sipitang (289), Keningau (1,073), Tenom (142), Nabawan (34), Tambunan (133), Kudat (83), Pitas (1,538), Kinabatangan (84) dan Kota Marudu (167).-pr/BNN

YANG BERHORMAT Ir. SHAHELMEY YAHYA
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
23 November 2020

Pengagihan bakul makanan di Paitan