KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat inginmemaklumkan bahawa agihan bantuan bakul makanan sedang giat dilaksanakan. Setakat 02 Disember 2020, sebanyak 264,031 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di dua puluh tujuh (27) buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

Sebanyak 3,151 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 2 Disember 2020 melibatkan sembilan belas (19) daerah iaitu daerah-daerah Kota Kinabalu (198), Sandakan (31), Tawau (17), Kunak (114), Kudat (169), Beluran (28), Tongod (77), Penampang (35), Putatan (17), Papar (23), Ranau (82), Kota Belud (141), Sipitang (73), Tenom (85), Nabawan (108), Tambunan (589), Kinabatangan (912), Pitas (119) dan Kota Marudu (333).

YANG BERHORMAT Ir. SHAHELMEY YAHYA
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Pengagihan bakul makanan di Beluran