KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Bhd (ANGKASA) di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Rombongan ANGKASA diketuai oleh Presidennya, Dato Haji Abdul Fattah Haji Abdullah bersama Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh, Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan, Encik Ramlan Mohd Soon dan Pengurus Kanan ANGKASA Negeri Sabah, Encik Aiddie Dahlin.

Dalam pertemuan itu, Abdul Fattah memaklumkan Hajiji mengenai aktiviti Angkasa dan peranan koperasi dalam membantu pembangunan ekonomi di negeri.

Katanya, Ketua Menteri bersetuju secara dasarnya koperasi sebagai platform yang terbaik untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat, membasmi kemiskinan, sejajar dengan “Sustainable Development Goals (SDG)”.

“Saya berterima kasih dengan Ketua Menteri kerana beliau faham tentang peranan koperasi dalam membantu meningkatkan ekonomi dikalangan ahlinya serta menjadi pemain utama pembangunan ekonomi di negeri Sabah bersama-sama dengan sektor kerajaan dan swasta,” kata Abdul Fattah.-pr/BNN

Hajiji (kiri) mendengar penerangan daripada Abdul Fattah.