KOTA KINABALU: Suman Yasambun, Setiausaha Agung KDCA bersama dengan
Joanna Datuk Kitingan, Pengerusi Majlis Wanita KDCA dan Tuan Steve Johnny
Mositun, Pengerusi Belia KDCA, telah membuat Laporan Polis terhadap Peguam Tuan Marcel Jude mengenai kenyataannya yang menyamakan Pertandingan Unduk Ngadau yang dirayakan oleh Masyarakat Kadazandusun (KDMR) seperti pertunjukan lembu eksotik di dalam hujahnya sebagai alasan mendapat pembebasan ikat jamin untuk anak guamnya En. Philip Among.
Dalam satu kenyataan akhbar, Suman berkata sejak timbulnya kenyataan tersebut, yang jelas menunjukkan satu kenyataan provokasi terhadap Masyarakat Kadazandusun (KDMR) yang dianggap sebagai menghina Masyarakat Kadazandusun (KDMR), KDCA telah mendapat laporan yang merupakan bantahan daripada semua lapisan Masyarakat Kadazandusun (KDMR) terhadap kenyataan peguam tersebut dan mendesak KDCA mengambil tindakan terhadap peguam tersebut.
Menurut beliau, masyarakat Kadazandusun (KDMR) dibawah naungan KDCA mempunyai 40 suku kaum dan merupakan masyarakat yang mempunyai adat resam yang bersopan santun dan cintakan perdamaian, hidup harmoni dengan kaum-kaum yang lain tanpa menganggu gugat mana-mana kaum di Sabah.
“Tahap toleransi Masyarakat Kadazandusun (KDMR) amatlah tinggi untuk mencerminkan bahawa kami tidak mahu campur hal soal budaya kaum-kaum yang lain. Demikian juga kami Masyarakat Kadazandusun (KDMR) tidak mahu mana-mana pihak ingin mencampuri
apa lagi memperlekeh urusan soal hak budaya kami,” katamya.
Beliau berpendapat peristiwa penganjuran Unduk Ngadau baru-baru ini menjadi titik hitam kepada Masyarakat Kadazandusun (KDMR) dimana seorang personality yang bernama Philip Among telah dituduh mencabul kehormatan seorang peserta UN yang menjadi kes
Mahkamah sekarang ini.
“Peristiwa ini telah menimbulkan kemarahan daripada Masyarakat Kadazandusun (KDMR). Belum pun perkara tuduhan tersebut diputuskan di Mahkamah, Peguam Philip Among mengeluarkan kenyataan bahawa UN ialah seperti “The UNK contest is not about women, it is just a contest, it doesn’t incorporate all women, whatever their talents and skills and education and abilities but it is nothing more than an exotic cattle show and almost feel like an auction show.
“There is nothing outstanding about these women and there [are] more women outstanding outside but they don’t get to be the contestants. The UNK is a throw back to a former period where women are only objects of desire to be paraded around in an extravagant pet show”.
Penghinaan ini samalah seperti “rubbing salt to the injury” kepada Masyarakat Kadazandusun (KDMR).
“Justeru itu walaupun Masyarakat Kadazandusun (KDMR) mempunyai tolerensi yang
tinggi akan tetapi kita juga mempunyai had yang harus dihormati oleh semua kaum
lain. Marcel Jude sebagai seorang peguam telah melangkaui batas tugas profesionnya sebagai seoarang peguam dengan menyerang Masyarakat Kadazandusun (KDMR) melalui hujahnya yang sangat memalukan dan menghina Pertandingan Kebudayaan Unduk Ngadau.”
“Laporan Polis pada hari ini mengingatkan bahawa KDCA tidak berdiam diri untuk
menggunakan semua saluran yang dibenarkan oleh undang-undang untuk menuntut
keadilan sebagai jalan penyelesaian. Kita juga meminta pihak polis untuk membuat
siasatan dan tindakan yang berpatutan terhadap penama tersebut yang dianggap
oleh Masyarakat Kadazandusun (KDMR) sebagai cubaan menimbulkan kemarahan
yang kalau tidak dikawal mungkin akan menimbulkan kekacauan ketenteraman
awam. Dimasa yang sama KDCA sedang mengkaji tindakan-tindakan yang
berpatutan, selepas mendapat nasihat peguam-peguam dari suku kaum
Kadazandusun (KDMR).”-pr/BNN