KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini menerima bayaran dividen daripada Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) berjumlah RM2,743,636.00.

Pembayaran dividen itu merupakan keuntungan LPPS bagi tahun 2019.Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima replika cek bayaran daripada Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kerja Raya Negeri, Dato Sri Bung Moktar Radin di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Hadir bersama ialah Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey G.Kitingan, Timbalan Ketua Menteri lll / Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya, Encik Mohd Jasmin Julpin, Pengerusi LPPS, Datuk Dr. Zaki Haji Gusmiah dan Pengurus Besar (GM) LPPS, Encik Felix Liangson.-pr/BNN

Hajiji (tiga dari kanan) menerima replika cek daripada Bung sambil diperhatikan oleh Dr.Jeffrey dan Dr.Joachim.