JAWAPAN kepada persoalan esok isnin apa akan berlaku, apakah benar Perdana Menteri bakal meletak jawatan. Jawapan saya mudah BERSABARLAH !!.
Semua orang dan sesiapapun boleh merancang dan berusaha menjayakan apa bentuk matlamat. Namun perancangan Allah itu juga yang terbaik dan bakal berlaku. Apapun kita mengajak rakyat untuk terus tenang dan fokus kepada tanggung jawab kita masing – masing menjaga diri dan sop, kita jaga kita, ini penting.
Jika kita sakit dan dijangkiti, apalagi terlantar di hospital belum tentu pemimpin akan ambil peduli saat mereka sibuk berpolitik. Jaga sop dan urus sumber pandapatan dengan seadanya.
Pada masa yang sama mari kita sama – sama mendoakan agar kemelut politik ini akan terlerai dan kembali damai untuk kesinambungan kehidupan rakyat berjalan sihat serta selamat dan krisis negara dari cengkaman covid-19 akan segera berakhir.
Selaku Presiden Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah ( PRESBAH ), sangat berkeyakinan dengan Perdana Menteri Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Yassin. Beliau tentu ada pertimbangan bijaksana.
Beliau seorang pemimpin yang berprinsip dan tahu meletakkan bentuk keputusan terbaik demi kepentingan rakyat dan negara. Kena hentikan segala bentuk perbalahan apalagi penghinaan.
Apapun pendirian beliau lakukan tentunya berasas dan ada sifat tanggung jawab berserta kelebihan pembacaan yang mendalam. Itulah juga membeza dirinya dengan pemimpin lain, beliau pemimpin yang bermaruah dan tenang.  Kita semua kena sama muhasabah dan berprasangka baik kepada beliau. Negara ini memerlukan barakah untuk bangkit.-
Hj.Yahya Hj.Ahmad
Presiden
Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah ( PRESBAH )
15.8.2021