KOTA KINABALU: Pejabat Menteri  Timbalan Ketua  menafikan mesej tular mengenai kenyataan media UMNO Sabah  hilang Kepercayaan terhadap Ketua Menteri  yang   tular di media sosial dan di beberapa kumpulan  WhatsApp .
Setiausaha akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri Jaafar Abd Wahid  menerusi kenyataan medianya memaklumkan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang juga Ketua UMNO Sabah tidak ada membuat sebarang kenyataan media mengenai perkara tersebut.
Menurut Jaafar kenyataan media tersebut telah diedit oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kira setuasi politik yang berlaku di Melaka ketika ini.
“Sehubungan itu, saya  menyeru kepada semua pihak agar tidak mempercayai berita ini dan menularkannya di media sosial katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Menurut Jaafar perubatan mengedit kenyataan media ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik mereka.-pr/BNN