KOTA MARUDU: Seramai 247 mangsa banjir di Kota Marudu dan Pitas, hari ini menerima bantuan wang ihsan dan bakul makanan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mendengar taklimat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong sejurus tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pada Sabtu

Penerima bantuan itu masing-masing 206 di Kota Marudu dan 41 di Pitas. Selain bantuan wang ihsan dan bakul makanan seramai enam ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir di Kota Marudu menerima Bantuan Barang Keperluan Asas, Baucar Diskaun Pembelian Barangan Elektrik dan Baucar Pembaikan Kenderaan manakala enam KIR di Pitas juga menerima Bantuan Keperluan Asas, Pembaikan Kecil Rumah & Baucar Pembelian Barangan Elektrik.
Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan; Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.

Perdana Menteri tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi tadi. Beliau turut mendengar taklimat daripada Safar sebelum meneruskan lawatan kerja ke Kota Marudu dan Pitas.-pr/BNN