KOTA KINABALU: Seramai 10 keluarga mangsa kebakaran di Kg Kopungit menerima sumbangan kebajikan daripada ADUN Dilantik YB Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee  bagi meringankan bebanan mangsa mangsa kebakaran.
Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Perhubungan ADUN Dilantik Puan Helen Baikan juga selaku Naib Ketua Wanita SAPP bersama dengan ahli ahli  EXCO Wanita SAPP di Dewan Serbaguna Luyang.-pr/BNN