KOTA KINABALU: Pemimpin Pembangunan Masyarakat Luyang, YBhg. Tuan Gee Tien Siong membuat penyerahan kunci bagi penerima terpilih untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) hari ini (Jumaat, 08 April 2022).
Penerima En. Charnael Gokin, 34 dalam kenyataan beliau berkata, “Saya sangat bersyukur kerana terpilih sebagai penerima bantuan PPRT ini memandangkan saya sudah berkeluarga dan belum mempunyai kediaman sendiri”.
Beliau yang juga merupakan generasi kedua Kg.Kopungit mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan dan pembinaan rumah tersebut sehingga selesai. “tidak ada yang mampu saya balas kecuali ucapan syukur dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penyiapan rumah ini.
Turut hadir dalam upacara penyerahan Kunci tersebut adalah Pengerusi JPKK, Ketua Kampung, Kontraktor dan juga En. Rusdi wakil daripada DBKK.-pr/BNN