TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Jawatankuasa 3 Peringkat Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU) Bahagian Tuaran di rumah kediamannya di Kampung Serusup, hari ini.
Hajiji merupakan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah dan Ketua Bahagian
BERSATU Tuaran. Ahli Jawatankuasa (AJK) 3 Peringkat yang hadir terdiri daripada AJK BERSATU Bahagian, AJK Srikandi dan Armada BERSATU Bahagian.
Antara yang hadir ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Julia Salag, Menteri
Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr. Haji Mohd.Arifin Mohd Arif, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Abdul Kassim Razali, Naib Ketua Bahagian, Datuk Johari Saiman, Ketua Armada Bahagian, Encik Mohammad Ghazali Haji Hajiji, Setiausaha Bahagian, Encik Afizal Aldin, Ketua Penerangan, Encik Jamlin Ladin dan Bendahari Bahagian, Haji And.Kanaan Haji Abd.Razak.Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di daerah Tuaran turut hadir sama.
Terdahulu, Hajiji mempengerusikan Mesyuarat BERSATU Bahagian Tuaran di pejabat parti tu di Pekan Tuaran.-pr/BNN