KOTA KINABALU: Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun
Tuanku Haji Bujang yang mengadakan lawatan rasmi 3 hari ke Kota Kinabalu telah
diraikan dengan Majlis Makan Malam di Sabah International Convention Centre (SICC),
semalam.

Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk
Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni dan isteri Ketua Menteri, Datin
Seri Panglima Hajah Juliah Salag.

Majlis Makam Malam itu turut diserikan dengan hiburan santai, termasuk persembahan
tarian kebudayaan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Antara yang hadir pada majlis makan malam itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan
Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan
Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Pembantu
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Puan Flovia Ng.
Hajah Juma’ani berada di Sabah sejak 8 Jun 2022. Selain di Kota Kinabalu, beliau dan
rombongan juga akan melawat Kundasang.-pr/BNN