KENINGAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merasmikan Program Jelajah GRS Parlimen Keningau di Dewan Masyarakat Keningau, hari ini.

Selain menyampaikan amanah, Hajiji turut menghadiri Majlis Makan Tengah Hari bersama pemimpin dan ahli-ahli parti komponen GRS di Dewan Kompleks Keningau. Kira-kira 7,000 orang menghadiri Program Jelajah GRS Parlimen Keningau.

Majlis itu turut dihadiri oleh presiden-presiden parti komponen GRS iaitu Presiden Parti
Solidariti Sabah Tanah Airku (STARSABAH), Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Presiden United Sabah National Organisation (USNO), Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Panglima Dr. Yee Moh Chai dan Timbalan Presiden Sabah Progressive Party (SAPP), Encik Japiril Suhaimin.

Selain itu Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman, Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Puan Rina Jainal dan pemimpin Parti Liberal Demokratik Sabah juga turut hadir.

Ini merupakan Program Jelajah GRS yang pertama. Program itu akan turut diadakan di kawasan parlimen lain.-pr/BNN