KOTA KINABALU – Sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat negeri Sabah yang akan berlangsung di padang Merdeka pada 16 September depan , pastinya menjadi detik yang paling dinanti seluruh rakyat Malaysia khususnya di Sabah
Bertemakan ‘ Keluarga Malaysia,Teguh Bersama ” sambutan tahun ini, juga tidak kurang meriahnya dengan pelbagai persembahan dan acara menarik seperti mana tahun-tahun sebelumnya.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, menanti tarikh keramat 16 September ini, segala persiapan kini telah sedia sepenuhnya bagi mempastikan kelancaran serta kemeriahan sambutan pada tahun ini
Bung yang juga Pengerusi Jawatankuasa pelaksana sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sabah ,pemilihan tema kali ini menekankan usaha memupuk perpaduan, semangat cintakan negara dan menonjolkan nilai integriti serta jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menurut beliau Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (DR) Haji Juhar Mahiruddin dan Yang Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima (DR) Hajah Norlida Datuk R.M. Jasni dijadulkan berangkat sebagai tetamu utama pada majlis yang bakal bermula jam 7 malam itu.
Turut Hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor dan Isteri serta barisan jaamah kabinet negeri Sabah.
Memperincikan pengisian acara untuk sambutan kali ini Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, bagi menyemarakkan semangat patriotisme ,konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 yang telah berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan akan berakhir pada malam 16 September dimana Ketua Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia akan menyerahkan Jalur Gemilang kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.
“Pelbagai program serta pertandingan lain turut diadakan sempana sambutan tahun ini dengan harapan ianya dapat memupuk serta menyamai semangat patrotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat di negeri ini antaranya Seminar Identiti Etnik Sabah Keluarga Merdeka, Pertandingan E-Culture Gamming Tik Tok Hari Malaysia, Challenge,, Program Info On Wheel Berjalan Teguh Bersama Pemeran Kemerdekaan.” Katanya ketika ditemui di sini kemarin.
Selain itu Bung berkata antara program lain yang diadakan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ialah mengadakan majlis bacaan tahlil dan doa munajat Peringkat Negeri Sabah dan Khutbah Khas Solat Jumaat di seluruh masjid di negeri ini.
Bagi malam kemuncak sambutan pula antara acara yang bakal diadakan persembahan khas dari Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah yang akan menampilkan persembahan yang unik dan menarik bertemakan ” Keluarga Malaysia Teguh Bersama” selain persembahan hiburan dari artis-artis tempatan.
Selain itu penyampaian Sijil Khas Penghargaan kepada atlet-atlet antara empat atlet yang memenangi pingkat emas dalam sukan Pencak Silat Juara Dunia dan seorang atlet Juara Remaja Dunia dalam sukan Muaythai.
Sehubungan dengan itu Bung mengajak orang ramai khususnya yang tinggal di Kota Kinabalu dan sekitarnya hadir beramai-ramai bukan sahaja untuk memeriahkan sambutan kali ini sekali gus menzahirkan rasa kasih sayang dan semangat patriotik kepada negara.-pr/BNN