SIPITANG: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P178 Sipitang dan Persatuan Sedia Bantu Masyarakat Sipitang (SBM) akan menganjurkan Sukan Rakyat Keluarga Malaysia Parlimen Sipitang pada 16 hingga 18 September 2022 ini di Sipitang.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sipitang Encik Sani Miasin (gambar) berkata, sukan rakyat itu akan dijayakan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Sipitang, persatuan-persatuan belia, kelab-kelab belia, persatuan sukan dan persatuan sukarela.
Katanya, Sukan Rakyat itu diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia peringkat daerah dan parlimen Sipitang, tahun ini, selain untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan rakyat berbilang kaum menerusi sukan rakyat.
“Ia juga memberi peluang dan kesempatan kepada peminat sukan dan peniaga kecil untuk aktif semula setelah lebih 2 tahun tidak ada program dan aktiviti besar-besaran diadakan di peringkat daerah dan Parlimen Sipitang”, katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sani yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin berkata, selain acara sukan rakyat (tradisinol) , acara lain yang akan turut diadakan ialah pertandingan badminton, bola tampar, pertandingan memanah dan futsal wanita.
Katanya, acara-acara itu akan diadakan di venue berasingan di sekitar pekan Sipitang. Acara Sukan Rakyat (Tradisional) akan diadakan di kawasan terbuka Pekan Sipitang.
Menurutnya, bagi acara badminton yang akan diadakan di Dewan Serbaguna Sipitang terbahagi kepada 3 ketagori Bergu Lelaki Terbuka, Bergu Lelaki Veteran dan Bergu Wanita Terbuka.
Pertandingan bola tampar yang akan diadakan di Gelanggang Berbumbung Majlis Daerah Sipitang terbahagi kepada 2 kategori iaitu lelaki terbuka dan wanita terbuka.
Pertandingan memanah akan diadakan di Esplanade Sipitang terbahagi kepada kategoti lelaki terbuka dan wanita terbuka. Sementara Pertandingan futsal wanita akan diadakan di Gelanggang Berbumbung Futsal Sipitang.
Sani berkata, Sukan Rakyat Keluar Malaysia itu menawarkan hadiah-hadiah menarik berupa wang tunai dan medal kepada para pemenang.
Beliau berharap rakyat di kawasan parlimen Sipitang termasuk golongan belia akan mengambil bahagian menyertai Sukan Rakyat dan acara-acara sukan lain yang dipertandingankan.-pr/BNN