KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta agar mempertimbangkan kelayakan undi awal/undi pos kepada para mahasiswa yang sedang belajar di unversiti bagi memberikan hak serta peluang mereka memilih dalam Pilihanraya Umum ke-15 Kali ini.
Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) bekata sebagaimana yang sudah diluluskan oleh Dewan Negara dimana pengundi muda 18 tahun dibenarkan mengundi melalui pendaftaran secara automatik berkuatkuasa pada 15 Disember tahun lepas hak mereka (pengundi muda) sebagai pemilih berdaftar tidak boleh dipinggirkan.
” Kita sedia maklum penuntut unversiti termasuk dalam kelompok pengundi 18 tahun yang kini sedang menuntut dan sebahagianya baru sahaja mendaftarkan diri bagi memulakan sesi pengajian di seluruh unversiti di negara ini, justeru kumpulan ini perlu diberikan kelonggaran membuang undi awal atau undi pos supaya hak mereka sebagai pemilih tidak terabai” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat Penolong Setiausaha Agung SAFA Azman Mastar dan kakitangan SAFA bagi membincangkan pelancaran Akdemi SAFA diseluruh Sabah dan Pelancaran pecah tanah tapak SAFA Kinabatangan di kediamanya di Luyang pagi kemarin.
Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah pelajar di unversiti sudah tentu mengalami kekangan untuk keluar mengundi kerana tinggal jauh dari tempat kelahiran yang melibatkan kos perbelanjaan untuk balik ke kawasan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih pada PRU ke-15 kali ini samaada dari Semanajung Malaysia, Sabah,Sarawak dan lain lain daerah.
Justeru Bung menambah pihak SPR perlu memikirkan penyelesaian mislanya mengketegorikan mereka sebagai pengundi awal dengan memberikan ruang untuk merreka menunaikan tanggungjawab tanpa menjejaskan pembelajaran mereka.
Sehubungan dengan itu Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata,pelaksanaan undi pos atau undi awal bagi mahasiswa yang berumur 18 tahun ke atas perlu mengambil kira pelbagai aspek, termasuk prosedur dan tatacara memandangkan jumlah pelajar IPT di Malaysia mencecah lebih 500,000 orang
“Ini tanggungjawab SPR untuk memastikan pengundi muda diberikan ruang dan keselesaan untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih bagi menentukan masa depan negara sekali gus menggalakkan peratusan keluar mengundi tinggi,” katanya.
Dalam pada itu ketika menyokongan saranan ini Ketua Puteri Umno Sabah Datuk Dr.Fadilah Sabri berkata ,SPR perlu mempertimbang cadangan yang disuarakan pelbagai pihak dalam memastikan proses demokrasi itu berjalan lancar dan mencapai maksudnya.
“Ini tanggungjawab SPR untuk memastikan rakyat di negeri ini boleh menjalankan hak mereka keluar mengundi, khususnya mereka yang pertama kali mengundi,” katanya.-pr/BNN