SANDAKAN : Penduduk Sandakan dinasihatkan agar tidak mengulangi kesilapan lalu mengundi pembangkang.
Bandar kita yang tersayang tidak boleh jatuh ke tangan pembangkang lagi kerana daerah ini sangat memerlukan  perancangan  pembangunan ekonomi dimana pelaksanaannya akan lebih efisien dan efektif  jika wakil rakyatnya adalah sebahagian daripada kerajaan.
Calon Gabungan Rakyat Sabah (GSR) Parlimen P.186 Sandakan, Lau Chi Keong @ Thomas Lau berkata demikian ketika program bertemu masyarakat di Pasar Tamu Mingguan  di bandar Sandakan pada Ahad.
“Kita akan mempunyai kelebihan jika berada dalam GRS dan kerajaan Sabah. Kalau pengundi Sandakan memberi saya mandat, saya akan dapat membawa lebih banyak perubahan positif berbanding dengan pembangkang ,” kata Lau.
Ini terbukti dengan keadaan ekonomi yang terbantut di Sandakan apabila kerusi itu disandang oleh parti pembangkang, tambah Lau.
Katanya,  semasa program bertemu masyarakat berkenaan beliau telah menerima maklumbalas positif di mana ramai antara kalangan penduduk  memberikan reaksi yang baik  dan juga menyatakan mereka adalah penyokong Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
Sementara itu Lau juga mengadakan program seumpama di Pasar Malam Kim Fung, Batu 4, pada hari Sabtu.
Ketika ditemui media, Lau yang juga Naib Presiden SAPP berkata, memajukan ekonomi menerusi tiga sumber sedia ada iaitu industri kelapa sawit, industri pelancongan serta industri pertanian dan perikanan mampu menarik lebih banyak pelaburan sekiranya diusahakan dengan lebih terancang. Ini merupakan agenda utama beliau jika diberikan mandat oleh pengundi Sandakan pada 19 November nanti.
Beliau berpendapat pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh bermakna lebih banyak peluang pekerjaaan kepada anak-anak muda dan mereka tidak perlu lagi bekerja di tempat lain seperti  Semenanjung Malaysia atau Singapura untuk bekerja dan perwujudan kemudahan awam serta infrastruktur yang lebih baik.-pr/BNN