KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerimakunjungan hormat daripada 2 orang Menteri Persekutuan dari Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Tugas-Tugas
Khas), Datuk Armizan Mohd.Ali dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Malaysia, Datuk Ewon Benedick.
Ini merupakan kunjungan hormat pertama mereka kepada Hajiji selepas dilantik sebagai
anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk
Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua menteri berkenaan telah memberi taklimat kepada Hajiji mengenai program
dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan oleh mereka dan kementerian dalam
membantu pembangunan negeri Sabah.

Hajiji yang mengalu-alukan pelantikan Armizan dan Ewon dalam Kabinet Kerajaan
Perpaduan, yakin kedua-dua pemimpin muda ini mampu melaksanakan tugas dan
amanah yang diharapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan rakyat negeri ini.-pr/BNN