KOTA KINABALU: SAPP menyambut dengan penuh rasa syukur pengumuman Ketua Menteri untuk Kerajaan Sabah melalui mesyuarat Kabinet menyambut buat julung kali memeperingati Hari Sabah sebagai memperingati Sabah Merdeka daripada pemerintahan British 60 tahun lalu , pada 31 Ogos 1963 .
Menurut satu kenyataan oleh Timbalan Presiden Japiril Suhaimin, Ketua Menteri menunjukkan Kerajaan GRS memgambil berat dengan naluri dan keinginan rakyat sesuai dengan slogan SAYANGI SABAH
Beliau yang juga Bendahari SAPP berkata, selepas perjuangan beberapa tahun, berita ini tentunya memberikan kegembiraan dan kelegaan kepada SAPP , STAR dan semua pejuang Sabah Day .
“Pengumuman ini membuka lembaran sejarah baru kepada rakyat Sabah kerana ramai rakyat Sabah dan Malaysia tidak tahu dengan sejarah 1957 dan 1963.”katanya.
“Orang Sabah seharusnya merayakan hari Sabah pada 31 Ogos kerana sebelum ini 31 Ogos sentiasa bertujuan untuk memperingati Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Pada perayaan Hari Sabah rakyat Sabah sepatutnya mengibarkan bendera Sabah.”
Beliau berkata, SAPP sangat berharap semoga sambutan perayaan akan berterusan setiap tahun . Hari Sabah perlu diiktiraf dengan betul dan rasmi , supaya rakyat Sabah lebih sedar tentang sejarah penting ini .
“Selain merayakan SAPP amat yakin satu masa nanti Sabah Day akan digazetkan supaya sejarah akan lebih terpahat dalam sanubari dan jiwa rakyat Sabah.”-pr/BNN