Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima
Hajah Juliah Salag, hadir pada sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan, di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak, malam tadi.
Perasmian sambutan Hari Malaysia itu disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Pemangku Yang di Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Bin Awang Nasar. Hadir sama isterinya, Puan Sri Dato Hajah Fatimah Binti Haji Mohd Iskandar.
Perayaan bertemakan Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Segulai Sejalai itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang.
Pada majlis itu, Hajiji bersama Abang Haji Abdul Rahman Zohari dan Anwar turut menandatangani Buku Khas Hari Malaysia. Hari Malaysia diraikan bagi memperingati
pembentukan Malaysia hasil gabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada 16
September 1963.-pr/BNN