PENAMPANG: Sesi Libat Urus Tuan Sammy Newton -Ketua Polis Daerah Penampang serta Pegawai -Pegawai Kanan Polis bersama Anggota bersama Exco Kelab Rekreasi Pacuan Empat Roda Penampang telah diadakan.
Kelab itu yang diketuai oleh Tuan Alex Leong telah mengadakan acara itu baru-baru ini di IPD Penampang.
Perjumpaan ini di adakan bertujuan untuk sesi suai kenal serta membina hubungan baik di samping merealisasikan Tema PDRM iaitu “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”
Semasa sesi ini Ketua Polis Daerah telah mengucapkan terimakasih atas peranan dan komitmen Penampang 4×4 dalam kesiapsiagaan menghadapi misi _Search & Rescue_ (SAR) khususnya semasa musim banjir di daerah ini.
Manakala Tuan Alex Leong selaku Presiden Kelab memaklumkan sesi ini merupakan salah satu inisiatif untuk merangka program-program amal( CSR) dengan IPD Penampang dalam menyalurkan bantuan kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan pendalaman.
Dalam pada itu Tuan Sammy Newton juga menyarankan agar anak – anak muda menceburi lapangan sukan lasak seperti ini dan menitik beratkan ahli-ahli kelab mahupun masyarakat setempat menghindari penyalahgunaan Dadah yang makin berleluasa.-pr/BNN