KOTA KINABALU: Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) hari ini membuat laporan Polis terhadap Pegawai Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah.
Ahli Jemaah Pengarah PPNS, Encik Benny Franklin Hartheman mewakili semua AJP PPNS membuat laporan polis itu di Balai Polis Inanam kira-kira jam 9.30 pagi, hari ini.
Dalam laporan polis itu, AJP PPNS memohon kepastian mengenai kenyataan Pegawai LPP, Encik Ahmad Zabidi Bin Kifli@Kifflee bahawa beliau tidak dibenarkan oleh LPP selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang untuk menandatangani sebarang dokumen ataupun surat yang dikeluarkan oleh PPNS atas kapasiti beliau selaku Timbalan Pengurus Besar PPNS yang dipinjamkan dari LPP.
“Kenyataan dan tindakan Ahmad Zabidi itu adalah tidak wajar dari segi pengurusan pihak PPNS dan boleh mencacatkan Pentabiran, Urusniaga dan Pengurusan PPNS keseluruhannya.
Benny berkata, AJP PPNS tidak pasti siapa yang telah membuat arahan tersebut kepada Encik Zabidi, sama ada ianya dari Pendaftar/ Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia, Datuk Azulita Salim, Haji Mohd Fauzi Bin Badron, Pengarah Bahagian Penyeliaan dan Penguatkuasaan, Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia. Hadriyani Binti Ahmad Wakil Pendaftar / Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah atau Encik Mohammad Bin Hj Utung (Ketua Cawangan Hal Ehwal Pendaftar, LPP Sabah).
“Kami difahamkan baru-baru ini Pengurus Bahagian Pentadbiran Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Puan Suria Harun ada meminta Ahmad Zabidi untuk menandatangani satu surat ke LPP, namun beliau (Ahmad Zabidi) memaklumnya bahawa dia tidak dibenarkan untuk menandatangani surat tersebut atas arahan daripada pihak atasan iaitu LPP (Pendaftar).
“Kami tidak mahu dipersalahkan dan menangung sebarang tindakan yang merugikan PPNS, hanya disebabkan dengan arahan daripada pihak atasan LPP (Pendaftar) kepada Ahmad Zabidi
“Justeru, laporan polis ini dibuat, agar AJP PPNS tidak dipersalahkan dalam sebarang masalah yang mungkin akan timbul yang melibatkan isu tersebut di masa ini dan masa akan datang”, katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, PPNS juga menuntut LPP agar mendedahkan nama pegawainya yang mengeluarkan arahan tersebut yang boleh menjejaskan urusan dan pentadbiran serta merugikan PPNS.-pr/BNN