PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri/ Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk Ir.Shahelmey Yahya dan isteri Datin Dayang Siti Noor Hayyat Awang Mohd Saufi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Dato Seri Dr. Haji Arsit Haji Sedi dan keluarga di kediamannya di Kampung Tengah Padang, Petagas pada Jumaat.
Arsit merupakan Pengerusi Persatuan Nelayan Sabah (PENGASAH) dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Putatan.
Antara tetamu yang hadir ialah Ketua Daerah Putatan, OKK Datuk Haji Mohd.Dahali Matsin dan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah, Encik Mohd Jamil Abdullah dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Petagas, Encik Mohd Isquzawan Israq Datuk Arsit.-pr/BNN