PAPAR: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis
Sambutan Aidilfitri Peringkat Parlimen Papar & Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kawang 2024 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat pada Ahad.

Ketibaan Hajiji disambut oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali yang juga Ahli Parlimen Papar dan ADUN Kawang, Dato Sri
Haji Gulam Haidar Khan Bahadar yang juga Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah. Hajiji turut menyampaikan kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada penerima dari kawasan parlimen Papar, selain menyampaikan duit Hari Raya kepada golongan asnaf dan pesara tentera.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Datuk James
Ratib, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar Untong dan
tetamu lain.

Majlis Sambutan Aidilfitri itu dihadiri oleh lebih 12,000 orang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Sejurus dari Papar, Hajiji menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr.Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif di Kampung Pimping Membakut.

Sementara itu, Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)
turut menghadiri majlis Aidilfitri mantan Pengerusi Tetap Parti WARISAN, Datuk Haji Karim Bujang di Putatan dan menyaksikan penyerahan 3,000 borang ahli baru Gagasan Rakyat daripada pemimpin dan ahli Warisan Bongawan dan Kimanis yang mengisytiharkan keluar parti itu.

Beliau turut menyerahkan surat pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jentera Pilihan Raya dan Penasihat Gagasan Rakyat N.30 Bongawan kepada Karim.-pr/BNN