KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) yang diketuai oleh presiden parti, YB Senator Tan Sri Anifah Hj Aman telah membuat permohonan secara rasmi untuk menyertai sebagai komponen baru dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Kesemua presiden parti secara sebulat suara menerima PCS menjadi komponen GRS.
Menurut satu kenyataan olehSetiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Masidi Manjun, penyertaan PCS, sebuah parti lokal merupakan satu langkah penting
dalam mengukuhkan lagi kesatuan dan perpaduan politik di Sabah.
“Kami percaya bahawa dengan kerjasama yang lebih erat, kita dapat mencapai matlamat bersama untuk membangunkan negeri Sabah ke arah yang lebih makmur dan sejahtera. Selari dengan prinsip Sabah First, GRS kini semakin kukuh dan bersedia untuk menghadapi
sebarang cabaran demi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Sabah tercapai.
“Kami berharap agar rakyat Sabah memberikan sokongan padu kepada GRS dalam usaha kita untuk membina masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua,” katanya.-pr/BNN