TAWAU: Projek Sistem Teknologi Rawatan Air Bersih Ultra Turasan Bertenaga Solar Kawalan IOT yang dilaksanakan di Kampung Brantian akan memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg Amir berkata, projek itu dilaksanakan dibawah Program lnisiatif lnovasi Sosial Malaysia (MylS Komuniti) merupakan inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan lnovasi (MOSTI) dan Yayasan lnovasi Malaysia (YIM).
Beliau berkata, program itu telah dilaksanakan semenjak tahun 2015 sehingga 2020 dan diteruskan pada tahun 2021 sehingga kini.
“Kerajaan Negeri menyambut baik pelaksanaan projek ini dengan Kampung Brantian dipilih sebagai penerima pertama bagi negeri Sabah, kerana ia memberi manfaat kepada penduduk kampung”, katanya semasa merasmikan projek itu pada Sabtu.
Katanya, inisiatif oleh MOSTI dan YIM bertujuan untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi bagi memenuhi keperluan sosial.
Menurutnya, dengan tema “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi” objektif projek itu bertujuan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui aplikasi teknologi dan inovasi tempatan yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan.
“Ini adalah seiring dengan pelan pembangunan halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 202 -2025 dalam elemen “Jaringan lnfrastruktur dan Kelestarian Hijau”, tegasnya
Hassan mahu masyarakat penduduk Kg Brantian dapat menggunakan Sistem Teknologi Rawatan Air itu dengan sebaiknya demi kebaikan bersama dengan pemantauan oleh pemimpin kampung dan pegawai-pegawai dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyaraka5 (UPPM) DUN Sebatik.
Beliau yakin dengan sokongan padu daripada semua pihak, projek ini akan terus memberikan manfaat berterusan kepada komuniti setempat.
“Kejayaan hari ini adalah bukti bahawa dengan kesungguhan, kerjasama dan komitmen, kita dapat mencapai apa yang kita cita-citakan.
“Saya berharap projek ini dapat dijadikan contoh kepada usaha-usaha yang Iain. Marilah kita berganding bahu untuk memastikan kelestarian projek ini demi kesejahteraan generasi sekarang dan akan datang”, tambahnya.
Hassan juga mengucapkan terima kasih pihak yang terlibat dalam projek UITM, SIRIM, PERASA dan kontraktor kerana berusaha menyediakan sistem teknologi ini dengan memilih Kg Brantian sebagai penerima yg pertama bagi Negeri Sabah.-pr/BNN