KOTA KINABALU: Di dalam menjalankan tugas di lautan negeri Sabah dan Sarawak, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sering berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara nya ialah kesukaran berkomunikasi dengan komuniti maritim dalam pelbagai bahasa. Laut Borneo ini kaya dengan pengguna yang menggunakan banyak bahasa selain bahasa yang biasa kita gunakan. Antara nya ialah bahasa Mandarin.
Atas sebab yg demikian, APMM atau Maritim Malaysia telah mengambil inisiatif mempelajari bahasa-bahasa yg utama di rantau ini. Kursus kemahiran komunikasi bahasa Mandarin yg julung kali dilaksanakan ini telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Ahmad Faridi Ferdaus, Pengarah Bhg. Siasatan Jenayah Maritim di ibupejabat APMM Putrajaya. Pada kali ini, kursus ini bermula pada 19 Ogos dan berlangsung selama 5 hari.
Pengendali kursus, Kdr Maritim Hasbullah berkata, seramai 15 pegawai telah dipilih menyertainya. Pegawai- pegawai ini bertugas dalam bidang komunikasi radio dari Sabah dan Sarawak.
Dengan menggunakan tenaga pakar latihan dan pendidikan dari Negara China, Dr. Cherry Wei telah berjaya mencapai ekspektasi kursus. Beliau mempunyai pengalaman yang luas serta ilmu komunikasi yang baik. Menurut beliau, usaha ini haruslah diteruskan kerana ianya dapat menjadi jambatan perhubungan antarabangsa baik di laut mahupun di darat, apatah lagi Sabah dan Sarawak adalah destinasi pelancungan yang semakin dikunjungi oleh masyarakat antarabangsa.
Kemahiran komunikasi akan terus diberi keutamaan oleh Agensi ini dan agensi keselamatan yang lain.
Kursus ini ditutup dengan jayanya oleh Timbalan Pengarah Operasi APMM Negeri Sabah, Kepten Maritim Boon Chin Chau.-pr/BNN