KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghoskan majlis makan malam bersama Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi luar negara di kediaman rasmi Ketua Menteri-Sri Gaya pada Jumaat.

Mereka terdiri daripada Duta Besar Norway ke Malaysia, TYT Morten Paulsen, Duta
Besar Turkmenistan ke Malaysia, TYT Muhammatnyyaz Mashalov, Duta Besar United
Arab Emirates (UAE) ke Malaysia, T.Y.T. Dr. Mubarak Saeed Al Dhaheri dan Duta Besar
Libya ke Malaysia, TYT Mohamed Assadiq Masaud Attia.

Pesuruhjaya Tinggi yang diraikan ialah Pesuruhjaya Tinggi Namibia ke Malaysia, TYT
Herman Pule Diamonds dan Pesuruhjaya Tinggi Republic of Maldives ke Malaysia, TYT
Dr. Mariyam Shabeena Ahmed serta pengasas Blue Economy/ ZERI (Zero Emissions
Research and Initiatives), Prof. Dr. Gunter Pauli.

Mereka berada di Sabah atas jemputan menghadiri Sabah International Blue Economy
Conference (SIBEC) yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Panglima
Anwar Ibrahim di Sabah International Convention Centre (SICC), esok.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar
Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato Sri Rosli Isa dan Ketua Penyelaras
Sabah Maju Jaya (SMJ) Secretariat, Datuk Haji Datu Rosmadi Datu Sulai.-pr/BNN