KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noormerakamkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari TunOpeng dan keluarga atas kembalinya ke rahmatullah isteri yang dikasihi, Puan SriHajjah Juma’ani Tuanku Bujang, awal pagi ini.
“Dengan rasa terharu dan amat dukacita, saya bagi pihak Kerajaan Negerimerakamkan ucapan takziah kepada Premier serta keluarga atas kembalinya kerahmatullah isteri yang dikasihi, Al-Marhumah Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang.
“Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Al-Marhumah danmenempatkannya di kalangan insan-insan yang soleh” katanya di sini pada Isnin. Juma’ani, 76, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching pada3.34 pagi. – pr/BNN