PPNS menyambut baik penubuhan LPPM

0
Mohd.Nazri (kanan) berbual mesra bersama Mohd.Safian (dua dari kiri), Sunoto (tiga dari kiri) di majlis itu.=Pix LSK

KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) menyambut baik penubuhan Alumni Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LPPM) cawangan Sabah.

Pengerusinya, Datuk Mohd.Nazri Abdullah berkata, dengan adanya cawangan Alumni LPPM Cawangan Sabah akan membolehkan para pesara lembaga itu melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang digerakkan.

“PPN Sabah menyambut baik pengwujudan Alumni LPPM cawangan Sabah kerana pelbagai manfaat diperolehi alumni.

“Saya yakin mereka bukan sahaja dapat mengetahui perkembangan atau kemajuan LPP dan peladang, malah dapat menambah sumber ekonomi selain kegiatan social”, katanya.

Mohd.Nazri (duduk, tujuh dari kiri) bersama Mohd.Safian (enam dari kiri), Sunoto (lima dari kanan), Anita (enam dari kanan) bergambar bersama rombongan pemimpin Alumni LPPM dan pemimpin peladang negeri Sabah yang hadir.-Pix LSK

Mohd.Nazri berkata demikian pada Majlis Makan Malam Penghargaan sempena persaraan Pengurus Besar PPN Sabah, Haji Sunoto Haji Yahmin dan lawatan rombongan Alumni LPPM ke Sabah di Hotel Promenade, semalam.

Turut hadir ialah Presiden Alumni LPPM, Haji Mohd.Safian Mohd. Hussin dan jawatankuasanya, Pengarah LPP Sabah, Puan Anita Misuari, jemaah pengarah PPN Sabah serta pemimpin pertubuhan peladang.

Mohd.Safian merupakan mantan Pengarah Pertama LPP Sabah.

Mohd.Nazri yang juga Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) memuji usaha dan inisiatif Mohd.Safian serta jawatankuasanya mengembangkan Alumni LPPM ke Sabah.

Mengenai persaraan Sunoto yang telah berkhidmat selama 34 tahun, beliau mewakili warga peladang negeri ini melahirkan penghargaan diatas jasa dan sumbangan beliau dalam membangunkan komuniti peladang di Sabah.

“Sunoto telah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengurus Besar dengan begitu baik. Begitu juga Mohd.Safian yang pernah berkhidmat di Sabah. Jasa dan sumbangan mereka amat dihargai oleh warga peladang di Sabah”, tambahnya.-pr/BNN